LONDON: Pertabalan Raja Britain Charles III dan Ratu Camilla bakal menyaksikan istiadat ketenteraan terbesar dalam tempoh 70 tahun yang melibatkan lebih 6,000 anggota tentera.
Istiadat akan berlangsung di Westminster Abbey pada 6 Mei, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Selain melibatkan anggota tentera pelbagai pangkat, istiadat ketenteraan itu juga akan menampilkan kapal tentera laut dan perarakan pengawal berkuda, tembakan meriam dan lintas hormat oleh 60 pesawat Tentera Laut Diraja, Tentera British dan Tentera Udara Diraja selama enam minit di ruang udara The Mall di tengah London.
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata: "sangat berbangga dengan anggota tentera kita yang cemerlang. Mereka berganding bahu dengan rakan dan sekutu Komanwel kita untuk memastikan istiadat berjalan lancar dan memukau orang ramai dan rakyat di seluruh dunia."
Setiausaha Pertahanan Ben Wallace berkata acara itu akan menjadi satu acara yang "gah".
"Kami berbangga dengan profesionalisme dan kesungguhan angkatan tentera kami kerana mereka menghormati Baginda sebagai ketua komander baharu mereka.
"Dari perarakan di The Mall, ke flypast di London, ia akan menjadi satu acara penghormatan yang menakjubkan dan istimewa," katanya.
Hampir 400 anggota tentera dari sekurang-kurangnya 35 negara Komanwel akan turut terlibat dalam acara bersejarah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
Hampir 400 anggota tentera dari sekurang-kurangnya 35 negara Komanwel akan turut terlibat dalam acara bersejarah itu. -Gambar fail/AP
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Misteri 'kehilangan' Kate Middleton, spekulasi dan teori konspirasi penuhi media sosial
Kehilangan Kate telah mencetuskan spekulasi sama ada Kate masih hidup atau perkahwinannya dengan Putera William sedang bermasalah.
Raja Charles III terharu terima ribuan kad, titip ucapan dan doa
Istana Buckingham mengeluarkan gambar baginda yang kelihatan terhibur dan terharu membaca nota yang ditulis pada kad-kad ucapan.
Rishi Sunak bertemu Raja Charles III selepas pengumuman kanser
Rishi Sunak, melawat Raja Charles III di Istana Buckingham buat kali pertama sejak baginda disahkan menghidap kanser baru-baru ini.
Kanser dihidapi Raja Charles mampu satukan keluarga diraja British - Putera Harry
"Ujian dan kesakitan ini membawa kepada penyatuan keluarga," kata Putera Harry.
Hidap kanser, Raja Charles III ucap terima kasih atas sokongan
Raja Charles meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada para penyokong atas keperhatian mereka setelah didiagnosis kanser.
Raja Charles III berada dalam keadaan sangat baik - Ratu Camilla
Camilla turut berkongsi bagaimana Charles tersentuh dengan mesej sokongan dan doa-doa daripada rakyat jelata.
Terima kasih kepada semua yang prihatin keadaan Raja Charles III - Putera William
Mesej-mesej baik yang dititipkan oleh semua pihak amat dihargai oleh keluarga diraja British.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.